Pages

Monday, May 23, 2011

Isteri Strauss-Kahn cagar rumah RM18 juta bebas suami

PARIS: Isteri bekas ahli ekonomi dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (gambar) mencagarkan kediamannya bagi membantu mengutip wang AS$6 juta (RM18 juta) bagi membebaskan suaminya dari penjara.

Strauss-Kahn, semalam menghabiskan masa di apartmen yang disewa AS$4,500 (RM13,500) sebulan selepas dibebaskan dari penjara Riker di New York, di mana dia ditahan atas tuduhan serangan seksual. Difahamkan, isterinya, pengacara televisyen Perancis, Anne Sinclair turut membayar sewaan kediamannya di tingkat empat pangsapuri eksklusif berdekatan lokasi bekas Pusat Dagangan Dunia New York itu.


Bayaran ikat jamin ahli politik Perancis itu ditetapkan sebanyak $1 juta (RM3 juta) tunai dan $5 juta (RM15 juta) bon insurans, yang dibayar Anne melalui cagaran kediamannya di Washington DC. Sekiranya suaminya melarikan diri, dia akan kehilangan wang dan kediamannya di kawasan eksklusif di Georgetown yang dibelinya pada 2007 dengan harga $4 juta (RM12 juta). Anne juga membayar $250,000 (RM750,000) untuk khidmat pengawal di luar pangsapuri bagi memastikan ahli politik berusia 62 tahun itu tidak melarikan diri ke Perancis.

No comments:

Post a Comment

"hidup ini satu cabaran,oleh itu kita haruslah tabah menghadapinya........."
'paan95'